Friday, July 08, 2011

Hampir Menangis :(



Annyeong Haseyo !


Miera tak berniat nak berpolitik kat sini . Miera nak cakap je .

Korang tahu apakahh BERSIH 2.0 ? Miera baru search tadi . Orang kate , esok perhimpunana HARAM nie akan diadakan dekat Stadium Merdeka taksilap Miera .

Apa nak jadi dgn negara kita skrang ?! Dah elok2 aman , nak pecahbelahkann . Tak puas hati lagi kea ? Miera xnak tulis panjang , Miera amek teks orang je drpd search Miera tadi .




Orang-orang Melayu adalah tunggak keamanan negara Malaysia.Dengan rasa rendah diri saya ingin menyeru sekalian umat Melayu Islam di Malaysia agar menjauhi perhimpunan haram BERSIH/Ambiga.Usah kita menjadi bangsa yang terjerit-jerit dijalanan.Percayalah tiada apa kesan baik untuk masa depan kita dan keturunan kita yang akan datang.Tidak mustahil ini bakal menjadi titik permulaan runtuhnya bangsa.Usah di ikut apa yang berlaku dinegara-negara lain.Walau apa yang terjadi, mereka tetap dari satu bangsa yang sama.Berbeza dengan negara Malaysia.Kita punya saluran yang boleh diguna untuk menyatakan pendirian,bukan dengan mengadakan demonstrasi jalanan.Apa yang dilaporkan bahawa perhimpunan ini telah diresapi oleh anasir asing,ini sangat membimbangkan.Kepada pihak berkuasa, jika didapati ada rakyat asing yang mendapat taraf pemastautin/penduduk tetap yang turut terlibat, kelayakan mereka hendaklah ditarik semula serta-merta.Mereka tidak memahami susur galur atau sejarah terbentuknya negara ini.Termasuk juga rakyat tempatan sendiri.Mereka enggan mempelajari sejarah.Mereka enggan belajar tentang asal usul keturunan mereka.Percayalah perhimpunan ini takan kemana tanpa penyertaan orang-orang Melayu.Kepada pemimpin-pemimpin Melayu dari apa jua pertubuhan yang ingin menyertai perhimpunan BERSIH/Ambiga tolong ambil masa yang masih terluang untuk muhasabah diri demi agama,bangsa dan negara yang tercinta ini.Dikala banyak negara lain berlumba-lumba mengambil Malaysia sebagai negara contoh,Idola mereka kenapa kita sendiri ingin merobohkanya.Ya ALLAH selamatkan Malaysia, Kekalkan keamanan Malaysia hingga ke penghujung usia dunia ini.Aminn..
-Unknown Zmie-





kepada bangsa melayu,jgn kita terlalu taksub dan mudah pecaya dengan agenda mereka yang sememangnya berniat jahat dalam manggangugugatkan kedaimaian negara kita. Kita kena ingat kisah sebelum kita merdeka dan kisah selepas kita merdeka dengan pelbagai peristiwa hitam dan cukup tragis.Jangan pula kira kerana inginkan buah di atas pokok,buah yg dikendong dibuang begitu sahaja...Jadi kita harus tahu,bila kita kaum melayu bergaduh sesama sendiri,siapa yang akan untung dan beginikah sikap kita sebagai ummat islam...Jadi dlm perkara begini,wajarlah kita menilai ia dari sisi agama yang inikah yang dituntut dlm agama islam..pikirlah dengan berhemat sebelum melaung dan memekik dlm hal yg kita tahu ia tidak berasas dan berbaur jahat..
-Unknown MohdNazri-

bace wehh. jangan tengok je . Miera hampir menangis taww dak. hurmm .
Egtlahh surah AliImran ayat 28 ada menyatakan :

Janganlah orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang yang beriman. Dan sesiapa berbuat demikian nescaya tidak ada daripada Allah sesuatu (pertolongan) jua pun, kecuali (kamu berbuat demikian) kerana memelihara diri kamudaripada sesuatu yang kamu takuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu benar-benar tentang Diri-Nya (Diri Allah) dan kepada Allah jua tujuan kamu.

Hidup Malaysia ! Hehe , berdoalah kepada Allah :)

No comments: