Monday, March 24, 2014

SPM.

assalamualaikum.

harini dah 24 march dah pun. dah 5 hari dah result spm keluar. result miera? alhamdulillah straight hahahahahahahahaha nampak beno nipunyee. result miera okay je alhamdulillah. mula mula dapat mcm terkejut jugak. lepastu mcm risau pulak. lepastu mcm kecewa pun ada. lepastu mcm happy pun ada. haa 4dalam1 kot.

tp mungkin mama dengan abah tak berapa nak suka kot dengan result miera. sebab mula2 mama call, tanya berapa result, mama cakap "teruknyaa." and i was like "ya allah kira dapat mcm ni bersyukur dah takde C and B takbanyak drpd A." tp abah lain pulak. abah tak kisah. abah cakap bukan senang nak dapat banyak A mcm tu. orang lain ada yang usaha nak dapat A tp end up dapat B jugak. jadi bersyukurlahh. hihi

malam tu miera nangis kot. entah tiba2 kecik hati. haha. ye lah. dah usaha kan. dah cuba dah sedaya upaya. dah berkorban jiwa raga sebab nak dapat keputusan yang boleh membanggakan ibu bapa. haa ayat dia. tp dah tu je rezeki Allah nak bagi. terima lah. redha. bersyukur. mana tau nanti2 baru ada rezeki kann kann?

dah nangis mama pujuk la pegi makan. beli SR. wuuuu dah nangis baru dapat makan SR oo. hahaha takdelah. rezeki jugak tu :)

sekarang ni kita tunggu result UPU dengan matrik dengan IPG je. UPU miera ada apply dekat unimas. adilah cakap insyaalah dapat sana. sebab orang tak ramai apply. haha. tp jauh gilaaaaaaaaaaaaaaaaa. mama suruh mintak jugak. anak kawan mama ramai kat situ. ye lah kita menurut perintah je lah kan. apply je. mana tau ada rezeki boleh fly sarawak kahkahkah -.-

tp kalau dapat sana mesti homesick tak ingat dunia. duduk asrama dekat ipoh pun dah nangis dua minggu nak pindah inikan pulak nak pergi sarawak. cehhh bajet gila mcm dapat dekat sana. hahaha. tp kalau dapat nak buat mcm mana kan. eh poyonyaaa.

okay lah. nak off dah. laptop mama ni dah buat mcm harta sendiri je. mau tak kena marah. hehe okebai.

No comments: