Thursday, April 24, 2014

Matriculation.



assalamualaikum. 

harini bukak blog tengok pageviews sama je macam haritu miera off. "pheww kesian gila takda orang nak baca ke woii?" kata mak bedah. hehe okay okay. 

harini result matrik dah keluar kan? mula-mula ingatkan kena check tengahari ke apa. masa bukak fb tengah malam tengok-tengok ramai tulis dapat km merata-rata. masa nak check tu takut gila. berdebar-debar dia macam nak akad nikah hahahahaha haa sangat kan. akad nikah pun tak pernah. lol. 

alhamdulillah, dapat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. macam tak caya pun ada jugak. 3rd choice. mula-mula dapat macam "alaa pulau pinang?". nampak tak, tak bersyukur lagi. sebenarnya miera nak kmpk tapi apakan daya, kmpk taknak miera. kahkah. nasib baik tak dapat selangor sebab selangor first choice. kalau dapat tak tahu lah pulak nak sedih ke happy sebab kan ada catuan air. hahaha. 

tapi alhamdulillah, dah search dah. ramai cakap kmpp best. really? hehe. nak masuk tapi mama suruh tunggu upu. pshh orang dah semangat nak masuk matrik sampai google siap-siap bilik dia macam mana. haha XP tapi tunggu lah dulu. rezeki kan ada dimana-mana :D

okay dah. nak cakap yang tu je pun hehe. baiiii :)


No comments: