Tuesday, September 02, 2014

Stressssssss



assalamualaikum. 

mornight people. 
tengok dah pukul 12 dah. tensyennyaaaaa kerja tak siap lagi. dengan tutorial math sampai 4 jam buat baru siap tu pun tinggal satu soalan sebab tak reti, dengan tutorial chemist yang tak buat apa lagi tapi esok sir cakap nak panggil sorang-sorang buat kat depan, dengan lab reportnya yang sepatutnya hantar minggu depan tapi semua orang semangat nak hantar esok, dah la mira tak buat langsung lab report. kena part discussion pulak, seronok je rasa esok kena hantar. 

cuti 3 hari tapi macam sehari jugak. cukup je masa sebenarnya tp dah malas nak buat mcm mana -,- latihan fesenisasi lagi. dah bosan hari2 menari, dah bosan hari2 kena tunggu semua orang lambat, dah bosan hari2 kena komen naik stage tak senyum, tak sharp, tak enjoy. ish bosan k bosan. rasa mcm nak tumbuk je sorang2 banyak sangat nak komen. nasib baik harini dah tak kena komen -,- 

minggu ni jugaklah pun dia nak ada kuiz bio. dah tau miera malas baca bio nak jugak dia buat kuiz haha. dah la hari2 tension belajar chemistry sebab tak faham apa langsung lecturer ajar. keluar kelas chemistry semua orang muka macam nak bunuh orang. aish hiperbola sangat lah pulak. but no, its a metaphor hahaha. 

duduk sini semua birthday orang miera dah lupa. minggu lepas birthday aiman k. lupa terus. tengok harini bulan 9 baru teringat dah lepas bulan 8. haha pelik pulak ayat. haa tau tak bulan depan bulan 10? tau tak lepas bulan 10 bulan 11? tau tak cuti sem bulan 11? yayyyyyyyy lambat lagi woi -,- tapi tiket dah beli. haa nampak tak. semangat mok balit mok ada. hahahahaha 

okay dah la. tak siap jugak lab report ni nanti. nanti iols update lagi haha baiiiii. 

2 comments:

~cik a~ said...

Siannya.. Kuatkan semangat k.. Bila malas dtg, bc la apa2 yg patut.. Jgn bc doa mkn tau.. Kikiki

mxxra said...

ahahahaha malas tu mmg sejak azali lg takboleh nak buang dah XD