Sunday, December 14, 2014

foundation


assalamualaikum. 

.............................sebab harini taktau nak buat apa sebab hujung minggu bosan sebab tutorial tak ada lagi sebab lab tak start lagi sebab kerja bertimbun belum datang lagi sebab tahap bosan dah out of scale..................................

macam mana nak start ehh. haa sebenarnya taktau pun nak buat apa tapi nak jugak tulis sebab entah rasa macam nak tulis and i just need to ramble on some things that stuck in my mind for months and this will be a long one bc i have no idea where im going with all of this but who cares im just gonna write until im running out of thoughts haha k then panjang ni i warn you. 

so foundation atau lebih dikenali sebagai asasi haa skema pulak ayat ai. biasalah kan, asasi ni dengar je setahun tapi rasa nak habiskan dia haaa macam 10 tahun ye dok? walaupun dua semester tapi rasa macam 20 semester. sebab tengok ah kuiz memanjang, lab tiap2 minggu, assignments tah apa2 tapi carry mark kedekut bagi sikit gila, generic subject apakebenda lagi, group berpuluh2, topic berpuluh2 nak kena cover haaaa tak ke teruk. 

memang la certain org kata takdelah teruk sgt, tempat lain lagi teruk tapi kesah pulak aku rasa teruk teruk lah woi haha kan dah tetiba nak tension. hujung minggu pun tak boleh nak berjimba sangat sebab kena study balik topic yg dah study sebab banyak sgt walaupun seminggu. satu lagi sebab tak hado transport sebab tu susah nak keluar haha. kawan miera seronok gilaa diploma tiap minggu haa window shopping T_T 

dah lah kat sini takde bilik tv. tv ada kat kafe je nak buat apa. itu pun tv123. astro? hmm takpelah dia nak suruh students study lah tu nanti habis duit dia nak bayar bil elektrik bil astro bagai. kalau study kat semenanjung boleh la jugak kot bawak kereta sendiri ni dah jauh takkan nak ship kereta -,- cakap lebih padahal takpandai bawak kereta pun ceh -..- 

lagi satu haa exam dah la susah nak mati wooo nasib baik tak mati lagi haaa hambar pulak. revision week semangat gila siap study soalan yg macam agak-agak penting banyak kali last-last sekali esok tengok soalan yang keluar soalan yang kita buat kisah tak kisah je. gilaa tak sedih. lepastu kadang-kadang bila keluar soalan tanya diri sendiri, "aku pernah belajar ke topic ni? macam tak pernah wujud je dalam notes." yang tu soalan paling wajib tiap kali exam, nampak sangat study selak-selak je --" lepastu result pun cukup2 makan. empat rata pun takde org dapat :/

apa lagi ehh. haa lagi tetiba ada hpv injection pulak kann minggu depan. tak takut jarum pun tapi kalau dah last injection pun masa darjah enam dulu, ada takut jugak ah sikit. hahah. lepastu biology trip lagi, tapi tu takpe, masuk hutan best. sangat -,- lepastu muet lagi. tu la kan, dulu budak matrik buat muet masa sem satu siap mock bagai, ni dah sem dua rasakan :/ nak kena speaking pulak kan, hm takut 

boleh kata kalau tak jiwa tak sado dah lama dah quit. tp takkan nak giveup, dah keluar duit semua takkan nak buat camtu. go on with the flow je lah haha. tp ramai jugak ah quit sebab kelas yg penuh dulu sekarang dah clear sikit. tapi okay la kot, tension setahun je, lepastu break kejap 3 bulan, lepastu baru balik sambung tension masa degree. haha

haaaa panjang tak panjang, rasa macam nak tulis lagi sebab entah tak mengantuk pulak dah tulis benda ni tapi kang habis kuota asyik online je. bosan gilaaa kot sampai rasa macam nak call orang tp nak buat acano takde orang yg boleh call -,- call mama je lah tu pun tak sampai 10 minit cakap. semua orang busy haaa takpelah i sado -,- 

okay okay dah. nak sambung online balik -,- bYE

“Sadness rained down like a monsoon.”

No comments: