Wednesday, April 22, 2015

it's coming


assalamualaikum wbt

hai selamat malam aku tanya apa khabar semua? 

sebenarnya lah kan, sekarang ni study week. tapi kalau aku study week, dia jadi hibernation week. sebab hari hari bukannya study sangat pun, walaupun kadang kadang ada jugak lah gagahkan diri buat nota sikit sikit. haa kau dah study week baru gelabah nak buat nota, sebelum ni kemain berlagak cakap alah benda ni senang takyah tulis dah boleh ingat tapi sekarang baru tau. tapi tak menyesal pun, sebab tau memang pemalas. hahahahaha

dan disaat study week ni pun keinginan nak habiskan segala movie2 semakin membuak buak melepasi tahap pembuakan volcano gunung berapi. perghh sejak tak belajar bm makin teruk hiperbola. dah pun hari rabu, tp benda yg dah study mcm sekarang baru hari isnin. sebab tengok roommate sendiri pun mcm relax je tengok movies, main plant vs zombie, so aku pun dengan senang hatinya berfikir, takpe kot orang ramai tak study banyak lagi walaupun dah tau, i'm gonna screw so bad. tapi tu ah kan, nak buat macam mana, i iz lazy right now so when monday is approaching, i'll study la and in exam nanti aku polah mena mena bak kata orang sini. kah

tapi tu semua tak penting, yang paling penting sekarang ni, lagi 10 hari aku sampai semenanjung and my parents will be the happiest person to see their comel-est daughter arriving at the airport with the cutest smile ever. puiiii. dah ah. btw i was thinking, will it be good if i write an entry about this asasi? macam dia punya keadaan, kuliah dengan rutin harian? macam promote jugak ah. mana tau kan lepas dapat result upu mesti ramai orang search google pasal benda ni, so tak salah menolong. gituuuu hahaha. 

so that's it. rasanya dah boleh start study balik kot. daripada asyik meroyan kat blog. lol, bye. 

No comments: