Friday, May 15, 2015

anggur

Pantai Damai, Sarawak. (April 2015)

Assalamualaikum. 

Hi tina aku dah update :P Okay okay. Seperti yang semua sudah sedia maklum, lepas je sampai semenanjung masa 2 May haritu, secara officialnya miera dah jadi penganggur terhormat untuk kedua kalinya. So hari2 duduk rumah tanam anggur sebab nak tanam benda lain tak tahu. Okay hambar. Sebenarnya taktau nak update apa, tapi taktau jugak nak buat apa, bukak laptop pun taktau nak bukak apa, last last kat sini je la yang walaupun taktau nak update apa. Kah 

Dah dua minggu dah pun habis asasi, fikirkan haritu nak kerja tapi taktau siapa nak bawak pagi pagi. Dah semua orang kerja, takkan nak mintak tolong jiran hantarkan. Lepastu ingatkan nak amik lesen kereta, mama dah suruh amik tapi miera takut. Hahaha. Lepastu sekarang kena mereput dekat rumah, jaga adik yang setiap masa boleh bagi stress level meningkat -,- Nak tengok tv pun cerita semua merapu, so I ended up watching korean dramas sampai pukul 4 pagi. Berfaedah tak? Lol

Adik adik yang dah dapat keputusan upu tu, tahniah la. Masuk U jangan malas malas, jangan asyik tengok movie, nanti result kecundang rasa sendiri. Most importantly untuk yang nak masuk asasi, struggle kena lebih. Ingat, asasi tak sama macam matrik walaupun sama setahun. Asasi semua kena cari sendiri, kalau matrik bahan banyak lecturers yang bagi, kelas pack. Asasi less pack berbanding matrik. Tapi syllabus utk asasi dengan matrik memang pecah otak lagi lagi yang amik bio. Based on my friend's experience la kat matrik. 

So yang dapat asasi unimas tu pergi la, boleh naik flight. Jalan, explore tempat baru. Jauh perjalanan luas pandangan. Haa nampak dah tertazkirah pulak. Lol okay lah, kalau ada apa nak tanya, tanya je. Jangan malu jangan segan. Buat macam orang baca. Haha bye. 

No comments: