Wednesday, August 12, 2015

Alkisah degree intake.


assalamualaikum.

kecoh en semalam pasal result degree masing-masing. dengan server down, website crash, sms tak reply, result keluar lambat. dah lah dengan budak asasi yang dianaktirikan uni sendiri sebab check tak dapat-dapat. semalam dah lah check pakai website upu, lepastu bila dia cakap "maklumat anda tiada dalam pangkalan data" kemain cuak padahal memang tak apply upu. hahaha macam siek. tanya orang lain pun sama je jawapan so eventually i gave up nak check result. dalam pukul 5 macam tu whatsapp dah blew up sebab kecoh dah dapat check result. so pergilah check epelajar and guess what i got?

ijazah sarjana muda sains komputer dengan kepujian (pengkomputeran multimedia) 

and i was like whaaaaaaaaaaaaaat? tak expect langsung pun dapat course tu. taktau nak sedih ke happy. nak sedih sebab tak dapat biotech/chemistry pun tak jugak, nak happy sebab bukan aquatic/zoology/plants pun tak jugak. i just taktau nak react. mama tengok pun macam takde reaction, abah pun sama. aku lagi ah dah pening nak accept ke tak. tapi kalau tak accept nanti, nak study mana? takkan nak mintak ipts kot. memang tak ah.

tapi memang kan orang cakap, He knows best. bila reflect balik, ada patut jugak la dapat course ni. masa asasi dulu rasa dah give up gila belajar bio, sebab too many things to remember in short times. nak jawab soalan pun kena explain this, explain that. tapi still rasa nak further in bio sebab minat, tapi zaman sekarang ni kalau sebab minat je, tak pergi mana. then, chemistry. ni subjek yang paling tak boleh digest sejak semester satu. dengan bonds, oxidation number, reaction apakebenda semua tu, serious menyampah.

so masa isi phase 3 haritu, search pasal kimia sumber. banyak career opportunity, mama suruh letak walaupun masa tu rasa macam tak minat. then, mama cakap bidang sains komputer amik je semua, mana tau dapat. she said that i have potential in this so that's the reason i chose sc com for pilihan 3-7. sebenarnya dari high school lagi mama suruh further bidang IT tapi biasa lah kan, jiwa rebel taknak IT sebab rasa macam tak sesuai. sekali tengok haaaa, end up dengan IT jugekkk.

but well, mesti ada yang cakap "eh budak ni, kos apa la dapat takde masa depan" "ni mesti kes tak cukup pointer ni masuk course bukan-bukan" and blabla. but who cares? it's me yang nak belajar, bukan orang yang mengata. for my own sake, for my own benefit, for my own happiness. so sc com is it. september ni daftar, and ada lagi dua minggu nak buat prep. blergh 

till then, bye. eh wait, lupa jap. congrats yang bakal masuk degree. good luck in your life. walaupun takda orang baca. hahaha bye. 

5 comments:

Anonymous said...

Pedulik la ckp org.. Study je elok2.. Jgn lupa cik a walau apa pun yg berlaku.. Cik a ttp sayang korang smpai bila2.. Tgk.. Kan dah mula stalk semula ni.. Hehe..

Anonymous said...

Pedulik la ckp org.. Study je elok2.. Jgn lupa cik a walau apa pun yg berlaku.. Cik a ttp sayang korang smpai bila2.. Tgk.. Kan dah mula stalk semula ni.. Hehe..

sofea said...

mana boleh lupaaaaa hehe. stalk ni rindu ke? :P

Anonymous said...

Ye le minah iban oiii.. Tgk, kan stalk lg ni.. Kui kui kui..

sofea said...

hahahhahahahhahaahaha. wuuu tak sangka stalk XD mana ada iban ah hahahahaha.