Thursday, June 02, 2016

Ending


assalamualaikum.

 lamanya tak update! serious la sekarang dah bulan 6??? okay saja buat buat tanya. sebenarnya dah tau sekarang bulan 6 tapi serious la cepat kan masa berlalu? rasa macam baru semalam datang sini. okay tipu lagi. 

busy tau tak. kemain busy sem ni. antara semua sem dekat uni rasanya semester ni la yang paling busy. sembangnya weh. padahal baru dua semester kat sini. okay kalau tambah asasi dia jadi empat semester la kan? ha nampak banyak semester dah tu. biasa la taknak kalah :')

perasan tak design blog dah lain? ye semua tak perasan kan? saya tahu siapalah saya. bukan ada orang baca weh hahahhahahaha. sebenarnya kuliah dah habis, so dengan berbesar hatinya aku dah buang masa 6 hari dari jumaat lepas sampai harini sebab nak lepaskan tension satu semester kat sini. alhamdulillah dah puas hati buang masa, sampai sepatutnya ada kuliah lagi dua hari haritu tapi escape la apa lagi kan? siapa tak kenal sofea suka escape class. lagi lagi class tiga jam. nasib baik pandai kira attendance tau. ni la cara nak survive. 

lagi tiga minggu weh nak balik. maigod tak sabaq gila. cepat la sikit masa berjalan, dah la first day puasa tak dapat puasa dengan family. roommate pun tak ada. sedihnya hidup seorang sofea. okay dah la, nanti dah habis final sambung balik. rasa macam nak rant banyak banyak nanti. tunggu la entry lepas final hehehehehe

No comments: