Wednesday, October 19, 2016

October!


assalamualaikum. 

hi semua! lama kan tak update. hahahahahhaa sembangnya haritu cakap nak update la apa kebenda la time cuti semester, tapi hakikatnya, mereput kat rumah :') 

sebenarnya haritu ada niat nak update tapi bila kat rumah kan, dia punya niat tu boleh hilang ditiup perasaan bila nampak katil, makanan atas meja, dengan tv. wuish dah la haritu astro free setengah bulan kan, gila kauuu tak ke melekat kat depan tv sepanjang hari. tapi tak la sepanjang hari, sebab nak tengok tv pun kena ada shift weh, kang tak pasal pasal gaduh dengan adik sendiri sebab dia nak tengok kartun tapi tak dapat dapat dari pagi. takpe la iols kan kakak mithali. hahahahahaha

dan sekarang ni, dah setengah sem dah pun. sem ni taktau la kenapa rasa macam rilek semacam, tapi dalam kepala tau yang sebenarnya sem ni semua subjek tough. tapi entahlah, rasanya terlebih optimism dalam diri kot sebab tu tak risau. masalahnya yang ni blind optimism, susah jugak sebenarnya. 

btw esok balik rumah!!!! tak sabarnyaaaaa nak makan tidur dan yang sewaktu dengannya. niat nak tolong menebas ke merumput ke memasak tu sedang dipertimbangkan. hahahahhaha. ala kasi chance la kan, habis cuti nanti terus exam hmm tak bestnya kena study kat rumah.

okay la nak sambung siapkan esaimen. sebab esok nak balik kan, semua kena buat malam ni, baru la tak kacau kebahagiaan kat rumah wakakaka. bye

No comments: