Wednesday, March 08, 2017

Life is hard.


assalamualaikum.

semua sihat? dah makan? dah bangun tidur? apa ni dah pukul 10 pagi tak bangun lagi. insaflah wahai anak muda. hahaha okay okay terbabas pulak. hmm sebenarnya takde apa pun nak tulis sekarang ni, tadi banyak idea nak tulis since dah terlajak baca post lama-lama sebelum ni. rajin jugak eh dulu update blog. almaklumlah sejak sejak dah ada sifat malas nak kisah pasal life orang lain, makin bahagia hidup ini tanpa perlu menulis blog lagi. lol

adakah ini tanda-tanda sedang adulting? atau tanda-tanda diri ini semakin tua. alah chill, baru 21. actually, 21 tahun pun tak sampai lagi. so tahun ni sebenarnya tak boleh la nak vote untuk election, kena tunggu next election hahaha. semangat okay rasa nak vote tapi tu lah, lepas ingat balik yang voting process kena beratur, terus macam bersyukur sebab belum cukup umur. i mean, sekarang 2017 kot, kenapa still tak buat online system untuk voting? nak cakap takut hackers/attackers, rasanya ramai grad students network computing boleh brainstorm nak invent satu system yang selamat dari ancaman. tapi taktau lah kan, what do i know. remeh sebenarnya benda ni.

penat tau fikir pasal benda macam-macam. tambah pulak sejak duduk rumah sewa, dia punya beban ya allah rasa nak quit. imagine lah duit ptptn satu semester, 2.4k tapi bila tolak yuran, lebih kurang 1.5k je baki dia. and then, rumah sewa sebulan lebih 200, bil internet lagi, dengan basic necessities yang selalunya dua bulan guna habis, grocery lagi nak beli untuk masak, kalau kat western countries okay la grocery items semua tak mahal mcm sini, ni romaine salad pun mahal kemain. wow banyaknya membebel, biasa la benda kalau libatkan duit ni membebel dia sampai tahun depan pun tak habis. sekarang tengok benda atas sepuluh ringgit pun dah dua tiga kali fikir nak beli ke tak, inikan pulak benda yang mahal tapi memang keperluan basic kita. duit nak pakai plus minus dalam 6 bulan, nak harap duit parents pun segan. sebab tu lah tajuk harini life is hard. 

tapi nak buat macam mana. nak tak nak kena endure jugak, mana tahu lepas ni dapat ilham nak buat something. oh and by the way, i am in semester four! kemain kan excited semester four, ada lagi another four semesters nak remain kat sini, berikanlah ketabahan. sorry la dah lah tak update dari bulan 10 tahun lepas, lepastu sekali update banyak membebel pulak hahahaha. i feel like discontinuing this blog but tak delete la, just taknak update dah. kalau macam mood ada tu update la kot. after all, bukannya ada audience. till then, assalamualaikum and have a good day.

No comments: